Munmu dari Silla

Munmu dari Silla (Hangul: 문무왕; Jawi: ‏راج مونمو‎‎; 626–681; memerintah 661–681) ialah raja ketiga puluh kerajaan Silla Korea. Baginda biasanya dianggap sebagai pemerintah pertama pada zaman Silla Bersatu. Munmu ialah putera Raja Muyeol dan Munmyeong, yang merupakan adik perempuan Kim Yu-shin. Di bawah pemerintahan ayahandanya, baginda memegang jawatan pajinchan, yang nampaknya bertanggung jawab untuk urusan maritim, dan memainkan peranan penting dalam mengembangkan hubungan diplomatik negara itu dengan Tang China. Baginda dilahirkan sebagai Putera Beopmin (Hangul: 법민; Hanja: 法敏), dan mengambil nama Munmu ketika menggantikan ayahandanya ke takhta. Selepas kemangkatannya, baginda dikenali dengan gelaran Raja Naga. [1]

Munmu dari Silla

Hanja 金法敏
Hangul 김법민
McCune–Reischauer Kim Pǒpmin
Perumian Semakan Kim Beopmin

Rujukan

WikiPedia: Munmu dari Silla http://monthly.chosun.com/client/news/viw.asp?nNew... http://www.imaeil.com/sub_news/sub_news_view.php?n... http://www.kbs.co.kr/1tv/sisa/tracehistory/vod/rev... http://www.kbs.co.kr/1tv/sisa/tracehistory/vod/rev... http://www.kbs.co.kr/end_program/drama/kingsdream/ https://books.google.ca/books?id=8tdcAgAAQBAJ https://web.archive.org/web/20120119135423/http://... https://web.archive.org/web/20141230090440/http://... https://web.archive.org/web/20150108051649/http://...